Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Naikkan Gaji Minimum Rakyat...

KUALA TERENGGANU - Naikkan kadar gaji minimum kepada RM1,200 bagi membantu rakyat menghadapi...

Jam Tangan Mewah Jurucakap...

JURUCAKAP Presiden Rusia Vladimir Putin, Dmitry Peskov, 47, mencetuskan kontroversi apabila gambarnya memakai jam...

MAHB Nafi Dakwaan DAP...

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dibina untuk tampung peningkatan penumpang dan...

Kenderaan Berhenti Atas Petak...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Tan Sri Lee Lam...

Penjaga Zoo Digantung Kerja Kerana Pukul Anak Panda

China – Aksi seekor anak panda bernama Hua Ni yang dipukul oleh penjaga zoo di Pusat penyelidikan Panda di Sichuan telah mencetuskan kontroversi selepas video rakaman ia dipukul, dimuat naik dalam internet.

Tindakan penjaga zoo itu yang memukul Hua Ni bagi menghalau panda itu yang cuba mendekatinya, telah menimbulkan kemarahan orang ramai, apatah lagi ia dilakukan ketika penjaga berkenaan memberi latihan bagaimana melatih haiwan kepada rakan sekerjanya.

Selepas rakaman itu tersebar luas dan dikongsi oleh pengguna internet di China, pusat pembiakan binatang itu kemudiannya mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan penjaga zoo tersebut.

Pusat itu mendakwa gigi Panda dan kukunya boleh menyebabkan kecederaan.


“Penjaga zoo di sini selalu cedera disebabkan oleh panda meskipun ia tidak bermaksud untuk mencederakan mereka,’’ kata pihak pengurusan zoo berkenaan.

Namun mereka mengakui tindakan penjaga zoo itu memukul anak panda tersebut bukan cara yang betul bagi menghalaunya sebaliknya mereka perlu menjentik hidung atau telinga panda dengan lembut untuk menghalaunya.

Pusat penyelidikan panda itu bagaimanapun telah mengambil tindakan menggantung penjaga zoo berkenaan sehingga siasatan selesai.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori