Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Skim Projek Perumahan Boy...

SKIM perumahan DBI Properties yang dimiliki oleh bekas pelakon, Boy Iman sebenarnya tidak...

Suami Isteri ‘Serang’ Ibu...

KISAH pengasuh mengabaikan kebajikan kanak-kanak di bawah jagaan mereka sering kali menggemparkan negara...

KUIN Perlu Sedia Perancangan...

BALING - Kolej Universiti Insaniah (KUIN) perlu menyediakan perancangan teratur bagi berdepan pelbagai...

Tengku Abdullah Ucap Tahniah...

KUANTAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah...

Penjawat Awam Perlu Jadikan Aktiviti Sukan Budaya Hidup

KOTA KINABALU – Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said mencadangkan penjawat awam menjadikan aktiviti bersukan sebagai budaya hidup mereka.

Beliau berkata aktiviti sukan boleh mempengaruhi disiplin serta budaya kerja penjawat awam sekali gus membawa impak positif kepada sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam.

“Dalam sukan, anda perlukan empat perkara iaitu stamina, kekuatan (fizikal, mental dan emosi), kecepatan dan fleksibiliti. Saya berharap ini dijadikan amalan hidup,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Sukan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Sabah 2014 di sini hari ini.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Telekom Malaysia Datuk Zaini Diman, Pengarah Penerangan Sabah Datuk Almain Ajirul dan Pengarah Penyiaran Sabah Abdul Jalani Mahmud.

Salleh berkata penjawat awam yang sihat serta memiliki stamina, kekuatan, kecepatan dan fleksibiliti akan berupaya melaksanakan tugas mereka dengan baik serta berkesan dan bukan hanya secara sambil lewa.

Beliau berkata alasan tidak bersukan kerana tidak mempunyai masa tidak boleh lagi diterima kerana sukan boleh dilakukan di banyak tempat termasuk di rumah ekoran perkembangan inovasi dan bidang sains sukan kebelakangan ini.


Salleh berkata penjawat awam kini mempunyai banyak pilihan untuk bersukan seperti berkunjung ke pusat-pusat sukan atau bermain bola di lokasi tertutup melalui sukan futsal jika tidak ingin bermain bola sepak di padang terbuka.

Beliau memuji penganjuran Pesta Sukan KKMM dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya, selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.

Pesta Sukan KKMM Sabah dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi dan Multimedia Negeri Sabah dan tahun ini dihoskan oleh Telekom
Malaysia. Ia disertai semua jabatan dan agensi di bawah KKMM iaitu Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Hal Ehwal Khas, Telekom Malaysia Berhad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pos Malaysia Berhad dan Finas.

Pesta Sukan KKMM bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan anggota jabatan dan agensi KKMM selain menggalakkan budaya hidup sihat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori