Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Produktiviti Buruh Malaysia Pada...

KUALA LUMPUR - Produktiviti buruh Malaysia meningkat 3.5 peratus kepada RM78,218 pada 2016...

Siasatan Dalaman Bomba Berhubung...

MARANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melakukan siasatan dalaman terhadap...

Eskalator Rosak Punca Lelaki...

SEBUAH pusat beli belah didenda £75,000 (RM493,277.43) selepas kaki seorang lelaki di Britain tersangkut...

KJ Bimbang Kemelut MIC...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar bimbang...

‘Cindai Dah Jadi Cibai’ Kata Penulis Lirik Yang Marahkan Stacy

BAGI yang menyaksikan siaran langsung Anugerah Skrin 2014 semalam pastinya terhibur dengan beberapa persembahan menarik yang dipersembahkan oleh barisan artis popular tanah air.

Yang pastinya persembahan Stacy lari daripada kebiasaan apabila penyanyi lincah ini menyahut cabaran menyanyikan lagu ‘berhantu’ Datuk Siti Nurhaliza, Cindai.

Boleh dikatakan Stacy berjaya membawakan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri.

Tapi, rupa-rupanya penulis lirik Cindai, Hairul Anuar Harun ada menyatakan kekesalannya dengan persembahan Stacy yang dikatakan sesuka hati mengubah lirik.

Hairul Anuar Harun
Hairul Anuar Harun

Bila diamati semula memang ada di beberapa bahagian, Stacy mengubah lirik, mungkin penyanyi kelahiran Sabah itu pun tak menyedari kesilapannya kerana dia kerap kali mengulang lirik yang salah terbabit.

Lirik sepatutnya ialah “Hendaklah hendak hendak ku rasa”, tapi Stacy menyanyikannya dengan versi “Hendaklah hendak hendak ku daya”.


http://www.youtube.com/watch?v=iZyS63MBPx8#t=254

Hairul menyatakan kekesalan apabila karyanya yang sudah hampir mencecah usia 16 tahun itu seolah-olah diperlekehkan dan menganggap Stacy hanya mengambil mudah ketika menyampaikan lagu tersebut.

Kemarahan Hairul dapat dikesan daripada status Facebook yang agak pedas berbunyi, “hahaha.. cindai dah jadi cibai.. lirik ikut sedap mulut kau je.. lantak korang la..”

cindai

Mungkin selepas ini Stacy perlu lebih berhati-hati dan buat lebih banyak ‘homework’ sebelum menyanyikan lagu artis lain agar kesilapan sebegini tidak berulang kembali.
MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori