Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Seorang Mangsa...

KUALA LUMPUR: Seorang penduduk di rumah teres yang tertimbus akibat kejadian tanah runtuh...

Pemandu Lori Didakwa Rogol...

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas...

Piala AFC: Pahang Mahu...

KUANTAN - Pahang berazam mencatatkan kemenangan pada perlawanan menentang Istikol FC esok, meskipun...

Kesal Kabinet Majoriti Muslim...

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan rasa kesal apabila kabinet kerajaan yang terdiri daripada majoriti orang Islam masih tidak dapat menghalang penganut Islam daripada terlibat dalam aktiviti berkaitan arak.

Penuntut Pengajian Melayu Semakin Berkurangan Di IPTA

SERDANG – Semakin ramai penuntut kurang mengikuti Pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi awam pada masa ini, kata Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata jumlah mahasiswa yang mengikuti pengajian itu ‘boleh dibilang dengan dua tapak tangan’ dan keadaan itu diakui ketua-ketua Fakulti Pengajian Melayu.

“Mungkin disebabkan keghairahan sekarang. Semuanya mahukan Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Jadi, macam tertinggal budaya kita, warisan kita.

“Setiap yang bernama Melayu mesti terasa bahawa jika mereka tidak pandai untuk berenang di lautan akademik ketika ini, kita akan ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Kesenian dan Kebudayaan Melayu Antarabangsa (IMAC) bertema ‘Warisan Tamadun Melayu’ di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Rais berkata sesuatu perlu dilakukan untuk menghidupkan dan mengembalikan kegemilangan bidang pengajian Melayu, sekali gus memartabatkannya ke persada dunia.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan Malaysia supaya bekerjasama dengan universiti-universiti di nusantara termasuk Indonesia, Brunei, Singapura dan selatan Thailand untuk menjalankan kajian tentang tamadun Melayu nusantara.


“Saya telah kemukakan cadangan ini kepada kepimpinan negara supaya memikirkan masa depan tamadun Melayu. Ini kerana kebanyakan pakar sekarang didatangkan dari luar negara manakala yang dalam lingkungan Melayu tidak begitu tersohor,” katanya.

Pada majlis itu, sebuah rumah tradisional Melayu Pahang diserahkan kepada UPM oleh Anggota Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris untuk ditempatkan dalam Muzium Warisan Melayu di universiti berkenaan.

Rumah yang pernah dihuni penghulu Mukim Kelola satu ketika dahulu, dibina pada 1924 dan akan dibawa ke muzium itu untuk rujukan pengkaji senibina Melayu lama.

Selain rumah tradisional Pahang, rumah Negeri Sembilan, rumah Perak dan rumah Terengganu sudah ditempatkan di muzium itu, yang mula beroperasi Januari tahun lepas.

Muzium berkenaan turut menempatkan busana tekstil Melayu, isi rumah Melayu, manuskrip melayu, persenjataan Melayu dan galeri collecter khas untuk pengumpul artifak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori