Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Thai Setuju Myanmar Rujuk...

BANGKOK – Thailand bersetuju dengan permintaan Myanmar untuk merujuk kumpulan minoriti Rohingya di...

Pelabur Asing Lupus RM10.9...

KUALA LUMPUR - Pelabur asing menjual sebanyak RM10.9 juta saham tempatan pada minggu...

Tiga Pemuda Didakwa Curi...

MELAKA - Tiga pemuda masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini...

Generasi Kedua, Ketiga Semangat...

PUTRAJAYA – Generasi kedua dan ketiga Felda perlu mempunyai semangat kepenerokaan atau...

Penyakit Kencing Tikus Di Labuan Terkawal

LABUAN – Jabatan Kesihatan Labuan hari ini memberi jaminan bahawa leptospirosis atau penyakit kencing tikus di pulau bebas cukai ini adalah terkawal.

Pengarahnya Dr Ismail Ali berkata jabatan itu sentiasa memantau keadaan dan menasihati orang ramai memastikan tempat kediaman dan premis perniagaan masing-masing bebas daripada tikus.

“Kami berharap masyarakat dan pemilik tempat menjamu selera akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan berhubung perkara ini,” katanya selepas majlis taklimat mengenai leptospirosis dan denggi di Kompleks Pasar Labuan di sini.

Dua belas kes leptospirosis, termasuk satu kematian, dilaporkan di pulau ini tahun ini hingga November, katanya.


Beliau juga berkata 11 kes denggi dilaporkan setakat ini pada tahun ini, tiada kematian direkodkan.

Pasukan penguatkuasaan jabatan itu dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama untuk menangani wabak denggi dengan mengadakan pemeriksaan berkala, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori