Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAS Tidak Tergugat Dengan...

KUALA LUMPUR - Tohmahan demi tohmanan yang dilemparkan oleh DAP dan Parti Amanah...

Video Guling MB Timbul...

IPOH - Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata pihak tertentu...

PKR Menang Tapi Majoriti...

RASMI... PKR terus mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis apabila calonnya, Mohd....

Erma Fatima Ajak Buka...

PELAKON dan pengarah yang sinonim dengan karakter Mak Cun, Erma Fatima mengajak peminat...

Penyelia Syarikat Dipenjara 45 Hari Rasuah Balak… 45 Hari Je?

KUALA LUMPUR – Penyelia sebuah syarikat pembalakan, Law King Chai, 47, dihukum penjara dan denda RM10,000 oleh mahkamah Sibu hari ini kerana didapati salah memberi rasuah RM2,000 kepada pegawai polis pada September lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, King Chai dijatuhi hukuman itu selepas menukar pengakuan memberi rasuah bagi melepaskan diri daripada ditahan atas kesalahan melakukan pembalakan haram.

“Hakim Nixon Kennedy Kumbong menjatuhkan hukuman 45 hari penjara dan denda RM10,000 manakala wang rasuah RM2,000 pula telah dilucut hak. Tertuduh membayar denda dan dihantar ke Penjara Sibu bagi menjalani hukuman penjara,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, King Chai dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 8 September 2014 di kawasan pembalakan Kampung Boyan, Sibu sebagai balasan agar tidak diambil tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan pembalakan haram di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 1958.


Kata kenyataan itu, penyelia syarikat tersebut merupakan salah seorang daripada tujuh individu yang didakwa di bawah Ops Tukul, yang dilancarkan oleh SPRM bermula 20 Oktober lalu.

“Ops Tukul diadakan bagi membanteras aktiviti rasuah yang mengakibatkan berleluasanya pembalakan haram,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori