Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nagaentran IQ Rendah Bukan...

Pihak berkuasa Singapura sekali lagi mempertikaikan bahawa Nagaenthran Dharmalingam seorang orang kelainan upaya...

Pemuda MIC Bantah Wujud...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC mendesak kerajaan mengantung sebarang keputusan untuk menaik taraf...

Wan Azizah Tegaskan Tidak...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata...

Abu Zahar Ingatkan Senator...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang mahu...

Penyokong Saiful Bukhari Pesan “Anwar, Jangan Tinggal Solat”

Hari kelima prosiding kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, memperlihatkan ada kain rentang menarik dibawa penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan ke perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya.

BACA – Kes Liwat II, Majoriti Undi Anwar Bersalah Liwat Saiful

“Majikan yang baik, tidak akan meliwat pekerja bawahannya” dan “Pesan untuk Anwar: Jangan tinggal solat” merupakan dua kain rentang yang mencuri tumpuan, dibawa oleh penyokong Mohd Saiful.

PesanAnwar_1

Kata-kata yang tertulis di atas kain rentang itu merupakan teguran sarkastik perbuatan Anwar yang didakwa meliwat Saiful pada 2008 dan kemudiannya memberikan nsaihat kepada pembantunya itu agar tidak meninggalkan sembahyang.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.


Selepas ditangguhkan Jumaat lepas, hari ini Ketua Pasukan Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyambung hujahnya untuk mengekalkan sabitan Mahkamah Rayuan 7 Mac lepas dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Anwar.

Prosiding didengar di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

Empat lagi hakim dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori