Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Rakam Keterangan Guru...

IPOH: Polis sudah merakam keterangan guru wanita yang didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki...

BETUL KE? Gambar Bayi...

ENTAH bagaimana, secara tiba-tiba dua gambar seorang bayi comel dari Afrika Selatan ini menjadi...

16 Pendatang Asing Tanpa...

JOHOR BAHRU - Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga kanak-kanak...

Pejabat Hadi Minallah Tidak...

Kuala Lumpur : Lokasi yang dipercayai menjadi markas pengikut Yayasan Nur Mutiara Makrifatullah...

Perak Tak Cuti Keputeraan Sultan Nazrin 27 November Ini

IPOH – Desas-desus kononnya Perak akan sekali lagi menyambut Hari Keputeraan Sultan yang baharu pada 27 November ini akhirnya disahkan tidak benar sekali gus tiada pengisytiharan cuti umum pada hari tersebut di seluruh negeri itu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir setelah Sultan Nazrin Shah sendiri menitahkan supaya sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang sepatutnya pada 27 November depan tidak diraikan.

Sebelum ini rakyat Perak menerima ura-ura kononnya perayaan itu bakal diadakan pada tarikh itu mengambil kira hari keputeraan Sultan Nazrin yang menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Shah jatuh pada 27 November.

Hari keputeraan Sultan Perak sudah pun disambut pada 19 April setiap tahun sejak 1984 namun secara kebetulan kemangkatan Sultan Azlan pada 28 Mei lalu menyaksikan takhta baharu negeri itu kini diambil alih oleh putera sulungnya.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa Perak bakal mengadakan satu lagi hari keputeraan sudah berlegar sejak beberapa bulan lagi tetapi ada mempersoalkan kenapa dalam setahun boleh ada dua hari keputeraan dibuat secara rasmi.


“Pembatalan cuti itu juga ambil kira kepentingan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Tuanku amat prihatin dengan peperiksaan itu dan menitahkan cuti pada 27 November dibatalkan.

“Justeru, tiada sambutan istimewa berlangsung pada tarikh itu memandangkan sambutan ulang tahun keputeraan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sudah diadakan pada tanggal 19 April lalu,” kata Zambry.

Menteri Besar menegaskan kerajaan negeri menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Nazrin dalam memastikan perjalanan persiapan menjelang dua peperiksaaan awam besar itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanapun katanya, pihak istana akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori