Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Saintis Dakwa Varian Covid-19...

BEIJING – Sekumpulan saintis dari China memberi amaran berkenaan varian terbaharu Covid-19 dinamakan...

Bebola Daging Ular Kini...

Hari ini Whatsapp Group boleh dikatakan satu medium komunikasi yang amat popular.Selain bersembang...

Pengacara JJCM TV3 ‘Hina’...

KEJADIAN kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah di ibu negara semalam adalah...

Sampai Hati Tinggalkan Bayi...

SEORANG bayi baru lahir ditemui dalam keadaan sempurna ditinggalkan di dalam kotak di...

Perancis Panik Hanya Kerana Seekor Harimau

PARIS – Ratusan anggota polis dan askar lengkap dengan anjing pengesan dikerah mengawasi Montevrain, sebuah bandar di pinggir ibu negara Perancis hari ini selepas seekor harimau belang dipercayai tersesat dan merayau-rayau di sekitar kawasan tersebut.

Kelibat spesies kucing terbesar itu mula dilihat berkeliaran di kawasan parkir kereta sebuah pasar raya sekali gus cetus suasana kecoh apabila polis yang dipanggil mengesahkan ia memang harimau dan bukan bahan jenaka sebelum mamalia itu melarikan diri.

Pasukan keselamatan turut mengawal beberapa buah sekolah tempatan manakala helikopter polis dilengkapi kamera imej jejak haba haiwan liar terbang di bandar itu yang terletak 40 kilometer ke timur Paris tidak jauh dari taman tema popular, Euro Disneyland.

Keadaan bertambah panik selepas forensik polis menemui kesan baharu tapak kaki harimau dekat sebuah stesen minyak di tepi lebuh raya utama A4 sementara pihak berkuasa trafik tempatan menerima laporan pemandu terserempak dengan haiwan itu di laluan tersebut.

Pakar hidupan liar dari sarkis terkenal Pinder, Frederic Edelstein memberitahu media, harimau dewasa itu mungkin seberat 70 kilogram dan menasihatkan penduduk tidak lari sebaik terjumpa mamalia tersebut sebaliknya menjerit kuat untuk menakutkannya.


Lebih 100 anggota bomba dilengkapi senapang bius damak turut dikerah meronda bandar Seine-et-Marne yang bersebelahan setelah ada laporan saksi terdengar ngauman harimau dan penduduk diarah tinggal di dalam rumah serta tidak berkebun atau bersiar di jalanan.

Pihak sarkis tempatan dan jurucakap Euro Disneyland mengesahkan harimau itu bukan milik mereka setelah semakan menerusi senarai inventori haiwan manakala sebuah taman haiwan 30 kilometer dari Paris berkata, mereka tidak pernah membela harimau. – Agensi

Police with tranquilizer gun walk through a wood in Montevrain, east of Paris. 13 Nov 2014
Pihak berkuasa melancarkan operasi besar-besaran mengesan harimau sesat di sekitar Paris pada Jumaat.

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori