Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tak Terkecuali Jadi...

SUNGAI PETANI - Kaum lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa gangguan seksual...

Kereta Sport Lumba Merempit...

GUANGZHOU – Polis wilayah Guangdong, China menyita 12 buah kereta sport mewah dari...

Seorang Pejuang Palestin Maut,...

JENIN: Tentera Israel menembak mati seorang pejuang Palestin ketika serbuan di kem pelarian...

Gadis ‘Selamba’ Menjual Diri...

SUDAH hilang agaknya perasaan malu dan melindungi maruah diri bagi sesetengah kaum perempuan...

Perdana Menteri Belanda Akhiri Lawatan Ke Malaysia

SEPANG – Perdana Menteri Belanda Mark Rutte hari ini mengakhiri lawatan rasmi sehari ke Malaysia dan berlepas ke Australia.

Rutte dan delegasi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini pukul 7.25 malam dengan penerbangan MH0143.

Turut berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada beliau dan delegasi ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Terdahulu, Rutte dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perbincangan dua hala berhubung perkembangan terkini dan bertukar pandangan mengenai tragedi Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.


Ini diikuti oleh sidang media bersama di pejabat perdana menteri di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Rutte juga menemui pasukan Malaysia yang menyertai operasi MH17 dan menghadiri majlis makan tengah rasmi di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana.

Menurut Wisma Putra, lawatan Rutte juga menawarkan peluang kepada beliau dan Najib untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala serta isu serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori