Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Dokumentasi Proses Selepas...

AMBER Amour, 27, mendakwa dia telah dirogol oleh seorang lelaki ketika melawat Afrika...

STING Tahan 9 Warga...

KUALA LUMPUR - Sembilan warga Nigeria disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar...

Melaka Jamu Wartawan Islam...

GEMPAR... Awal minggu ini, seluruh negara terkejut apabila kerajaan Melaka dilaporkan mahu memodenkan...

Peranan Wanita UMNO Penting...

SANDAKAN - Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yakin Pergerakan Wanita UMNO...

Perlu Kajian Sebelum Bina Jeti Nelayan

PASIR SALAK – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan perlu mengkaji terlebih dahulu pembinaan jeti baharu untuk nelayan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata kajian terperinci perlu dilakukan sebelum membina jeti berkenaan bagi mengelak ia tidak digunakan oleh nelayan untuk mendarat di pantai.

“Ada jeti yang tidak dapat digunakan oleh nelayan untuk mendarat kerana dipenuhi rumput, lumpur dan akhirnya jeti itu akan terbiar begitu sahaja.

“Kita kena kaji kedalaman muara di mana jeti itu akan dibina. Air tidak boleh cetek kalau tidak macam mana bot-bot hendak mendarat,” katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra pemimpin bersama nelayan di Dataran Nelayan Hujung Rintis di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak yang terlibat perlu melakukan kajian terhadap kesesuaian lokasi sebelum membina jeti.

Tajuddin berkata projek pembinaan jeti nelayan perlu diteliti dan dinilai terlebih dahulu sebelum melaksanakannya bagi memenuhi keperluan para nelayan.


Beliau berkata pihak yang terlibat perlu mendapatkan maklumat terperinci daripada Pejabat Daerah atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengenai kawasan persekitaran sebelum membina jeti.

Pada majlis berasingan, beliau merasmikan majlis pecah tanah bagi cadangan pembinaan pasar nelayan mukim Kota Setia di sini.

Beliau berkata pembinaan pasar nelayan yang bernilai RM200,000 itu akan memudahkan golongan nelayan memasarkan sendiri hasil tangkapan mereka secara terus kepada pembeli tanpa menggunakan khidmat orang tengah.

“Dengan siapnya pasar nelayan itu nanti, diharap ia dapat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup kira-kira 100 nelayan di kawasan ini,” katanya.

Tajuddin berkata jualan terus itu akan mengurangkan peranan orang tengah yang dikenal pasti antara punca kenaikan harga ikan sekali gus membolehkan pengguna mendapatkan ikan segar dengan harga berpatutan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori