Inilah padah gara-gara cuba merompak seorang warga emas menggunakan pisau.
Nasib baik serangan yang cuba dilakukan oleh lelaki ini berjaya dipatahkan oleh orang ramai yang menangkap perompak tersebut dengan bertindak mengikat dan membogelkan lelaki tersebut di khalayak ramai.
Insiden yang berlaku di Santiago ini, menggemparkan orang ramai yang lalu lalang apabila melihat seorang lelaki berbogel yang diikat seluruh badannya menggunakan pembalut lut sinar di tiang.
Lebih memalukan, seluar dalam lelaki bernama Valentino Abeyta Barrera, 32 tahun ini kelihatan digunakan sebagai pengikat di bahagian buku lalinya.
Sementara itu, keadaan lelaki berbogel itu tersebut sempat dirakam oleh orang ramai di kejadian itu supaya menjadi pengajaran kepada penjenayah yang lain.
Insiden ini sekaligus menjadi viral di media-media sosial dan menjadi perbualan masyarakat dunia.
Situasi yang berlaku selama 20 minit ini berakhir apabila pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menangkap suspek.
Namun, menurut pihak polis, suspek tidak memberitahu mengapa dia ditangkap dan hanya memohon pihak polis melepaskannya.
Pihak Polis juga tidak dapat mendakwa suspek atas apa-apa kesalahan kerana tiada laporan diterima daripada mana-mana mangsa. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : KAKAK BUNGA