Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tengku Zafrul Sahkan Dana...

SHAH ALAM - Penggunaan dana kecemasan bagi membiayai beberapa pakej rangsangan ekonomi ketika...

Kerajaan Akan Terus Cari...

GEORGETOWN - Kerajaan akan terus berusaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di...

Kesan Terbakar, Koyakan Pada...

KUALA TERENGGANU - Kesan terbakar dan koyakan pada kulit kepala hingga menampakkan tulang...

Nuridah Salleh Dipilih Ketua...

KETUA Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Nuridah Salleh dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat...

Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak Diisytihar Pertubuhan Haram!

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) yang terlibat dalam agenda Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia sebuah pertubuhan haram.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff berkata, SAPA didapati menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam.

“SAPA sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 dengan No. Pewartaan P.U.(A) 307/2014.

“Peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] adalah berkaitan kuasa Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Khalid berkata, bagi menjaga kepentingan keselamatan Malaysia di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966, tiada pihak boleh menggunakan lagi nama, simbol, lambang atau logo SAPA.

Malah, kata beliau, semua akaun, aset serta harta SAPA akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dan tiada pihak boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar atau bertindak bagi SAPA.


Tegasnya, mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti SAPA akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335 termasuk Seksyen 6 (2) dan 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan.

“Saya menyeru kepada masyarakat untuk memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan untuk menangani aktiviti SAPA yang dianggap bercanggah dengan undang-undang sedia ada demi kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam,” katanya.

SAPA terlibat dalam usaha memujuk rakyat Sabah dan Sarawak menandatangani petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut supaya dua negeri itu dipisahkan daripada Malaysia

Petisyen yang kononnya untuk mendapatkan satu pendengaran daripada PBB sama ada Sabah dan Sarawak berhak untuk mentadbir sendiri didakwa sudah mendapat 20,000 tandatangan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori