Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Desak Myanmar Dakwa...

NEW YORK - Komuniti antarabangsa perlu bersatu bagi menggesa suruhanjaya siasatan bebas Myanmar...

Sanggup Bedah Kaki Untuk...

Rusia – Ketika berusia 17 tahun,Alexander Transer bercita-cita menjadi seorang model namun...

Sabah Meterai Perjanjian Ternakan...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah hari ini menandatangani perjanjian penyewaan tanah seluas...

PLUS Perhebat Promosi Pembayaran...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (Plus), pemegang konsesi lebuh raya terbesar di...

Persatuan Dan NGO Babbitkan Generasi Muda – KM Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan lebih ramai generasi muda dalam program mereka terutama berkaitan suku kaum dan budaya.

Beliau berkata usaha itu berupaya menyemai nilai-nilai positif seterusnya mengukuhkan semangat perpaduan dan harmoni antara satu sama lain.

“Langkah ini juga mampu memelihara identiti kaum dan warisan kebudayaan kita sekali gus dapat menghindarkan generasi muda daripada terjebak dengan gejala tidak sihat yang akhirnya merosakkan masa depan mereka sendiri,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Hari Sino Persatuan Sino Kadazandusun Murut (KDM) di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, Musa yang juga Menteri Kewangan negeri mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Persatuan Sino KDM bagi menjayakan program dirancang persatuan itu pada tahun depan.

Beliau berharap menerusi peruntukan itu, persatuan akan membuat perancangan rapi dan tindakan berkesan bagi kepentingan anggota dan memanfatkan rakyat secara keseluruhan.

“Kerajaan akan memberi sokongan dan perhatian kepada persatuan-persatuan suku kaum dan budaya di negeri ini seperti Persatuan Sino KDM supaya persatuan dalam keadaan baik,” katanya.


Musa yakin persatuan itu menjadi suatu wadah penting bagi generasi muda untuk menghargai dan memahami kepentingan perpaduan dan kesatuan dalam sesuatu bangsa.

Terdahulu, Presiden Persatuan Sino KDM Datuk Johnny Goh dalam ucapannya berkata persatuan itu ditubuhkan pada 2010 bagi menjaga kepentingan anggota dan keturunan Sino di negeri ini.

Beliau turut meminta Ketua Menteri agar mengembalikan identiti Sino sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah menerusi ‘Cap.64 Definition of Native’ iaitu mereka yang berketurunan Sino diiktiraf sebagai satu bangsa dan etnik yang digelar anak negeri.

Dalam pada itu, katanya persatuan menyokong agar Sijil Anak Negeri tidak lagi dikeluarkan setelah dibekukan selama 32 tahun sejak 1982. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori