Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KPDNHEP Kedah Rampas Pelapik...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah...

Anwar Mungkin Didakwa Hina...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan didakwa atas tuduhan menghina mahkamah yang...

Ajaran Ahmadi Sesat Dan...

Kuala Lumpur : Biarpun kandungannya banyak memetik ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad...

Guna Drone Untuk Nilai...

KUNDASANG - Kementerian Komunikasi dan Multimedia bekerjasama dengan Malaysian Emergency Response System (MERS...

Persediaan Hadapi Banjir Ditambah Baik

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan penambahbaikan dalam persiapan menghadapi banjir tahun ini termasuk penyediaan pusat pemindahan banjir berkapasiti besar dan memperluas penggunaan bangunan kerajaan dan swasta sebagai pusat pemindahan.

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Datuk Norani Mohd Hashim berkata bangunan kerajaan seperti pusat latihan, kompleks sukan akan digunakan dan tidak lagi hanya tertumpu kepada bangunan sekolah atau dewan orang ramai sahaja.

Beliau berkata pusat pemindahan berkapasiti besar yang boleh menampung antara 2,000 hingga 5,000 mangsa dalam satu masa akan disediakan serta penggunaan bangunan milik swasta atau persendirian.

“Penggunaan gudang atau kilang sebagai pusat pemindahan merupakan salah satu langkah yang diambil dalam melaksanakan penambahbaikan dengan menggunakan bangunan yang bersesuaian di kilang tersebut seperti ruang dewan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norani berkata JKM mengenal pasti sebanyak 4,961 pusat pemindahan banjir yang boleh menampung kira-kira 1,342,302 orang.


Katanya JKM juga akan menambah 10 peratus stok barangan keperluan sebagai langkah meningkatkan persediaan dan kesiapsiagaan untuk menghadapi musim tengkujuh.

Katanya pertambahan stok itu seiring dengan langkah JKM untuk memastikan stok bekalan di lima depoh di Bedong (Kedah), Sungai Buloh (Selangor), Kemumin (Kelantan), Marang (Terengganu) dan Muar (Johor) serta pertambahan bilangan pangkalan hadapan daripada 513 kepada 569 buah.

“Kerajaan akan memastikan peruntukan dan stok bekalan itu mencukupi dan bersedia untuk diagihkan,” kata Norani.

Menurutnya beberapa jawatankuasa di pusat pemindahan banjir juga akan diwujudkan untuk melicinkan segala urusan iaitu jawatankuasa pendaftaran mangsa, jawatankuasa bekalan keperluan, jawatankuasa makanan, jawatankuasa kebersihan, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, jawatankuasa aktiviti dan jawatankuasa sukarelawan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori