Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Warga Singapura Didakwa Kes...

JOHOR BAHRU - Seorang pengarah syarikat kilang tayar terpakai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen...

Terkejut Bangun Tidur Ada...

NEW DELHIƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Ā Entah apalah mimpi buruk dialami oleh seorang lelaki di India ini...

Hajat Skuad Harimau Muda...

SHAH ALAM - Hajat skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara untuk...

KPM Sasar Kurangkan Kadar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk mengekalkan kadar keciciran yang...

Pertandingan Reka Tugu Peringatan Untuk Ditegak Di Jalan TAR

KUALA LUMPUR – Persatuan Peruncit Batu Road (Barra) akan menganjurkan pertandingan mereka tugu peringatan untuk ditegakkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini.

Presidennya Datuk VK Liew berkata pertandingan akan diadakan bulan depan dengan penyertaannya dibuka kepada semua rakyat Malaysia.

“Tugu itu sebagai memperingati Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad yang nama baginda banyak orang tersalah anggap dengan perdana menteri pertama (Tunku Abdul Rahman Putra).

“Kita juga perlu mendidik generasi muda kita untuk menghargai sejarah kita,” katanya di sini hari ini.


Persatuan itu menganjurkan program membersihkan Jalan TAR dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), peniaga, pemborong dan badan bukan kerajaan.

Liew berkata tugu itu juga sebagai tarikan pelancong.

Beliau berkata DBKL telah bersetuju dengan pembinaan tugu itu yang akan menentukan lokasinya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tugu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori