Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PKR Yakin DAP Tidak...

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP...

“Rumput Tak Selalu Lebih...

KUALA LUMPUR – Menyelar sikap sesetengah rakyat Malaysia yang sering merungut tentang negara...

Warga Asing Tikam Rakan...

Nilai - Seorang lelaki warga Vietnam maut ditikam rakan sekerjanya di sebuah kilang...

Benih Udang Galah Terbanyak...

REMBAU - Jabatan Perikanan hari ini mencatat rekod baharu negara apabila melepaskan lebih...

Pertunjukan Cari Jarum Dalam Timbunan Rumput Kering

Memang kerja gila, tapi itu yang bakal dilakukan seorang artis dari Itali, Sven Sachsalber, yang akan menghabiskan masanya selama dua hari dalam pertunjukan mencari sebatang jarum dalam timbunan rumput kering.

Pertunjukan diadakan di Muzium Paris dan ketua muzium itu, Jean Loisy, ditugaskan untuk menyembunyikan sebatang jarum di dalam timbunan tersebut.

Pengunjung berpeluang menyaksikan gelagat Sachsalber bermula waktu tengah hari hinggalah tengah malam, sebelum dia berehat selama 12 jam lalu menyambung sesi seterusnya.

Sachsalber sebelum ini pernah mengekspresikan seni dan kreativitinya melalui tindakan memakan cendawan beracun, menghabiskan masa selama sehari dengan seekor lembu dalam sebuah rumah juga memotong pokok menggunakan tangannya sendiri.


Menurut sebuah laman, hasil seni beliau diinterpretasikan sebagai, ‘kadang-kadang kelakar, kadang-kadang serius, kadang-kadang kedua-duanya.’

Pihak muzium yang menetapkan durasi 48 jam untuk misi mencari jarum tersebut walau bagaimanapun berkata, “kita tidak tahu berapa lama yang diperlukan beliau untuk mencari benda kecil itu.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori