Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

5 Penjara Termewah Dunia...

JIKA sebut tentang penjara, pasti ramai di antara kita yang menganggap tempat kurungan...

Ganjaran RM5,000 Cari Pembunuh...

PERSATUAN Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada saksi atau...

Wanita Syria Tawar Jual...

Tabuk - Polis Arab Saudi menahan seorang wanita Syria yang menawarkan tubuhnya kepada...

Skandal Seks Guru Wanita...

SEORANG guru wanita dari Florida mengaku bersalah di mahkamah atas kesalahan melakukan hubungan...

Petani Perlu Guna Teknologi, Sertai Rantaian Makanan Dunia – PM

SERDANG – Datuk Seri Najib Razak menyarankan petani di negara ini menggunakan teknologi dan inovasi serta menyertai sebahagian rantaian bekalan makanan global bagi menepis persepsi bahawa pertanian adalah bidang yang kotor dan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri berkata, golongan terbabit harus berani mencuba teknologi baharu pertanian supaya dapat meningkatkan hasil, sekali gus memastikan bekalan makanan mencukupi dan menjamin kualiti produk yang dipasarkan.

“Orang asyik memandang pertanian adalah satu bidang yang kotor dan berpendapatan rendah. Ini bukan persepsi tapi ini realiti…realitinya kalau kita tidak menggunakan teknologi dan kalau kita tak jadi sebahagian daripada rantaian bekalan makanan.

“Tapi kalau kita berjaya menggunakan teknologi moden dan jadi sebahagian daripada rantaian bekalan makanan global maka bidang pertanian sangat besar potensinya,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agrikultur (MAHA 2014) di MAEPS di sini, sebentar tadi. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori