Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Filipina, Vietnam Ungguli Pentas...

KUALA LUMPUR - Filipina dan Vietnam hari ini mengungguli acara lawan pedang Sukan...

Pemuda Maut Ditikam Bapa...

JOHOR BAHRU - Seorang pemuda maut ditikam bapanya dalam satu pergaduhan di rumah...

“Akhbar Harakah Elok Saja...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyindir PAS kerana akhbar rasmi parti...

Bantah Sebat Lesbian Bukti...

DEDAH... Kenyataan Pakatan Harapan (PH) terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim bantah hukuman sebat...

PM Arah Polis Dan Tentera ‘Gempur’ Cameron Highlands

SERDANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) yang “bersarang” di Cameron Highlands pada malam hari.

Perdana Menteri berkata langkah itu diambil susulan perbincangannya dengan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, berdasarkan laporan bahawa kegiatan itu sering dilakukan oleh PATI pada waktu malam.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain) untuk menghantar anggota masing-masing supaya pada waktu malam kita akan membuat rondaan yang lebih menyeluruh dan kalau ada kegiatan yang menyalahi undang-undang kita akan ambil tindakan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di sini pada Sabtu.

Berhubung kebanjiran PATI di kawasan tanah tinggi itu, beliau berkata, penguatkuasaan lebih tegas dan berkesan akan dijalankan melalui kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dan kerajaan pusat.


Najib berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat di Cameron Highlands akan melawat kawasan tanah tinggi itu Isnin ini bersama-sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

“Saya berharap hasil lawatan dan perbincangan bersama itu, kita akan membuat tindakan yang lebih berkesan dan kelemahan-kelemahan dari segi penguatkuasaan selama ini akan berubah kepada satu bentuk penguatkuasaan lebih serius dan berkesan lagi,” katanya.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 Nov lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori