Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peguam Cuti Sakit, Perbicaraan...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes saman fitnah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk...

Harap Hubungan Diplomatik Johor-Brunei...

JOHOR BAHRU - Hubungan diplomatik antara Johor dan Brunei Darussalam dapat dieratkan menerusi...

Joi 8: Tablet Windows...

Syarikat tempatan, SNS Network dan Intel Malaysia dijadualkan akan memperkenalkan salah satu tablet...

Amuk: Muhdalena Kekal Bebas...

KUALA LUMPUR - Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Muhdalena Ahmad kekal...

PM Belanda Naik Pesawat MAS ke Malaysia, Australia

CANBERRA – Selepas melakukan lawatan bersejarah ke Malaysia, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mengambil keputusan untuk menaiki sendiri pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bagi meneruskan pula lawatan rasmi ke Australia pada Khamis.

Akhbar Herald Sun berpusat di Melbourne hari ini melaporkan, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menyifatkan keputusan Rutte sanggup terbang ke negara kanggaru itu dan juga Malaysia dengan menggunakan pesawat MAS sebagai satu simbolik indah.

“Perkara utama perbincangan kami ialah mengenai perkembangan siasatan, proses pengecaman dan penghantaran semula mayat mangsa. Juga berkongsi keazaman bagi memastikan pelaku kekejaman itu disiasat dengan sepenuhnya,” kata Abbott.

Kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu di sini bagi membincangkan kemajuan penyiasatan tragedi MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di Ukraine mengorbankan kesemua 298 orang termasuk 196 rakyat Belanda, 38 warga Australia dan 43 dari Malaysia.


Rutte yang singgah di Malaysia bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya bagi membincangkan isu sama turut menaiki pesawat MAS dari Amsterdam tetapi menggunakan kod baharu MH19, sebagai menghormati perasaan keluarga mangsa MH17.

Media Belanda melaporkan, Rutte dijangka menemui Gabenor Jeneral Australia, Sir Peter Cosgrove dan para pegawai hal ehwal luar bagi mengucapkan terima kasih atas usaha mereka sepanjang tragedi MH17 serta waris nahas itu yang kebanyakan berasal dari Belanda.

Abbott berkata, Australia menjalinkan kerjasama rapat dengan Belanda dan berkongsi kedukaan yang sama susulan insiden tersebut malah bersama-sama Malaysia dalam usaha kritikal memasuki kawasan nahas sejurus kejadian itu. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori