Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Johor Dapat...

ISKANDAR PUTERI - Penjawat awam Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah...

Euro 2016: Penyokong England,...

MARSEILLE - Keganasan tercetus di sini apabila penyokong bergaduh antara satu sama lain...

Jasa Perlu Kreatif Hadapi...

ALOR GAJAH - Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) perlu lebih kreatif dalam menghadapi...

1.53 Bilion Unit Saham...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan memperuntukkan sebanyak 1.53 bilion unit saham...

Tak Sengaja Terambil Gambar Pocong Di Bilik Mayat

KULIM – Lain yang dirakam, lain yang dapat!

Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin.

Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan.

Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong di laluan bilik mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia.


“Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya.

Kalau dilihat pada gambar, imej berbungkus sedang duduk di kerusi depan bilik mayat memang kelihatan amat jelas, justeru mustahil kalau tukang ambil gambar ni tak perasan ianya ada sewaktu butang kamera ditekan betul tak?

Memang meremang roma dibuatnya….

Sumber: Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori