Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ramaja Lelaki Ditahan Bawa...

LAHAD DATU - Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB2) menggagalkan cubaan seorang...

Mayat Lelaki Myanmar Ditemui...

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui di tapak projek perumahan...

Alami Sakit Saraf, Aaron...

ATAS saranan doktor, pelakon Aaron Aziz kini terpaksa direhatkan sementara waktu daripada dunia...

Imigresen Antara Yang Berani...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) antara agensi penguatkuasaan yang berani memberikan kerjasama...

Polis Siasat Presiden Afrika Selatan Boros Belanja

Rumah mewah Jacob Zuma dikenali sebagai Nkandla di wilayah KwaZulu Natal yang didakwa dibaik pulih dengan kos amat mahal. – Gambar hiasan

JOHANNESBURG – Polis Afrika Selatan hari ini mengesahkan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden Jacob Zuma yang didakwa membelanjakan AS$23 juta (kira-kira RM77 juta) bagi projek baik pulih di kampung halamannya sendiri.

Dalam maklum balas kepada Parlimen Afrika Selatan, polis negara itu berkata, siasatan dibuat susulan timbul keraguan jumlah bajet terlalu besar bagi membaiki rumah Zuma dikenali sebagai Nkandla di wilayah KwaZulu Natal terletak di utara negara tersebut.

Presiden yang baharu dipilih semula pada pilihan raya Mei lalu bagaimanapun menegaskan beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu termasuk kerja-kerja pembinaan sebuah kolam renang, klinik peribadi dan amfiteater di kediaman persendirian berkenaan.

Pegawai kerajaan beliau pula menyatakan kos kerja-kerja baik pulih itu amat mahal kerana ia melibatkan isu keselamatan namun jawapan tersebut menimbulkan kritikan banyak pihak ketika rakyat Afrika Selatan masih bergelut krisis pengangguran dan hak sama rata.

Pemimpin pembangkang, Mmusi Maimane dari parti Democratic Alliance dan beberapa ahli politik tempatan mendesak Zuma meletak jawatan kerana kes itu tidak selaras dengan imej presiden yang selama ini dianggap bersih daripada isu rasuah dan salah guna kuasa. – Agensi

Jacob Zuma

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori