Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Ikut Contoh Terbaik Idola...

KUALA LUMPUR - "Ikut contoh terbaik idola anda."Itu nasihat Manusia Terpantas Dunia, Usain...

Projek LCS Terhenti Sendiri,...

LUMUT – Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh menegaskan pemberhentian...

“Saya Boleh Jerit Kepada...

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger meluahkan rasa lega pada Ahad selepas tugasnya mengendalikan kelab...

Johor Laksana Akta Anti...

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran beliau akan...

Polis Tahan 7 Lelaki Terlibat Kes Curi Di Kedai Muzik

KUANTAN – Polis menahan sekumpulan lelaki yang dipercayaiterlibat dengan kes curi di sebuah kedai muzik di Jalan Haji Ahmad dan pecah masuk sebuah villa di Perkampungan Tok Sira minggu lepas hasil dua serbuan yang dijalan di sekitar Kuantan.

Tujuh lelaki itu, dalam lingkungan 20 dan 30-an, ditahan dalam serbuan di kawasan Semambu dekat sini pada Selasa dan Rabu lepas di Jalan Teluk Sisek di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz berkata dengan tertangkapnya suspek berkenaan polis berjaya menemui kembali barang-barang yang dilaporkan hilang itu.

“Antaranya ialah empat unit pendingin hawa dan alat-alat muzik seperti set drum, speaker dan kesemuanya telah pun dijual oleh suspek dan ditemui polis di rumah pembeli tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua daripada suspek itu positif dadah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori