Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

MB Johor Tidak Serius,...

KUALA LUMPUR - Hishamuddin Hussein menempelak tindakan Menteri Besar Johor, Osman Sapian yang...

Pihak Swasta Disaran Bantu...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan sektor swasta untuk sama-sama terlibat...

Dedah ‘Kartel Dedak’, Elak...

SHAH ALAM - Selepas menyenaraikan lima nama yang didakwa sebagai ahli kartel dedak,...

Pemandu Palestin Rempuh Polis,...

BAITULMUQADDIS – Dua pemandu Palestin merempuh kenderaan mereka ke arah sejumlah pejalan kaki...

Polis Tahan Along Bersama RM545,599 Di Teluk Kumbar

BALIK PULAU – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai along dan merampas wang tunai berjumlah RM545,599 dalam serbuan di rumahnya di Teluk Kumbar di sini, Khamis lepas.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan pada 2.30 petang itu, lelaki berusia 35 tahun berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun gagal kerana sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya telah mengepung kawasan rumah berkenaan.

“Bertindak hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan polis menerusi Ops Cenderawasih menyerbu rumah berkenaan dan berjaya menahan lelaki itu. Hasil pemeriksaan polis menemui wang tunai sebanyak RM545,599.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui 51 helai slip pengeluaran wang daripada pelbagai bank, 96 keping kad pinjaman pelbagai bank 51 keping cek bernilai hampir RM1 juta dan 10 buku akaun simpanan pelbagai bank,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis turut menemui tiga bilah parang panjang yang dipercayai digunakan dalam aktiviti pemberian pinjaman wang tanpa lesen.


Jurucakap itu berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen sejak tahun lepas dan mengenakan caj yang tinggi kepada peminjam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP PR Gunalan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu dan dia kini direman bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang pernah meminjam wang daripada lelaki berkenaan agar tampil membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 2011 dan Seksyen 7(1)(a) Akta bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata berbahaya 1958, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori