Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Anak Juruterbang QZ8501 Mohon...

HATI anak mana yang tak terguris jika bapa kesayangan seolah-olah dipersalahkan atas tragedi...

Jangan Ketepikan Mereka Yang...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu mereka yang menang...

Bangunan Lama Hospital Alor...

ALOR GAJAH - Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM1.5 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf...

Ahli Perniagaan ‘Datuk’ Nafi...

MIRI ā€“ Seorang ahli perniagaan terkemuka dalam industri minyak dan gas, yang berusia...

Polis Tumpas Cubaan Seludup Dadah Bernilai RM7 Juta

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan cubaan menyeludup dadah pelbagai jenis seberat 35.2kg bernilai RM7 juta, melalui perkhidmatan kurier dan kargo udara dalam dua serbuan berasingan di sini, sejak minggu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim bagaimanapun berkata setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menerima penghantaran dadah tersebut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata serbuan pertama dilakukan pada 19 Nov lepas di sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Petaling Jaya, kira-kira 5.30 petang melibatkan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting), yang merampas 2.3kg dadah jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM400,000.

“Kesemua dadah itu ditemui dalam enam kotak mengandungi peralatan elektrik seperti dapur pemanas, periuk dan cerek yang dihantar dari China menggunakan syarikat perkhidmatan kurier,” katanya.

Noor Rashid berkata penerima bagi enam kotak itu diletakkan atas nama seseorang, namun menggunakan alamat palsu, dan usaha mengesan individu tersebut masih dijalankan.


Serbuan kedua dilakukan Selasa lepas di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.45 malam, dan polis menemui enam beg berwarna hitam yang mengandungi 32.9kg syabu bernilai RM6.5 juta, yang disorok di celah-celah beg berkenaan.

“Kotak berisi dadah ini dihantar melalui penerbangan Egypt Air dari Abuja (Nigeria) ke Cairo (Mesir) dan seterusnya ke KLIA, yang diisytiharkan sebagai barangan persendirian.

“Usaha memantau anggota sindiket terbabit yang berada di negara ini akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata kejayaan polis dalam operasi berkenaan adalah menerusi risikan serta maklumat daripada orang awam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori