Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Apa Status Sebenar RTS?...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke diminta menjelaskan apakah status sebenar mengenai...

Djokovic Tewas Mengejut Di...

PARIS - Novak Djokovic berdepan krisis terbesar dalam kariernya selepas kalah mengejut kepada...

Botol Isi Kentut, Hantu,...

PUTRAJAYA - Kecanggihan teknologi di peringkat antarabangsa berupaya mencetuskan idea baharu dan lebih...

Pengurangan Kadar Tol PLUS...

PUTRAJAYA - Pengurangan kadar tol Lebuhraya Plus Malaysia Bhd. (PLUS) sebanyak 18 peratus...

PPP Akan Lebih Fokus Kebajikan Masyarakat India

KUALA LUMPUR – Parti Progresif Penduduk (PPP) bakal mentrasformasikan pendekatannya dengan lebih memfokus kepada pembangunan masyarakat India dalam usaha menarik sokongan mereka terhadap Barisan Nasional.

Presidennya Tan Sri M.Kayveas berkata PPP akan memperjuangkan kepentingan serta kebajikan golongan itu di samping turut menjaga kepentingan kaum lain.

“Keputusan ini dihormati serta diterima oleh semua ahli dalam parti ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas wawancara program ‘Bernama Today’ terbitan Bernama TV di sini, hari ini.

Kayveas berkata transformasi PPP ini adalah usaha bagi meraih kembali kepercayaan serta sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional yang hilang setelah negara dilanda tsunami politik pada tahun 2008.


Transformasi parti itu turut meliputi penerbitan akhbar berbahasa Tamil baharu, ‘Thai Mozhi’ (Bahasa Ibunda) pada Mei lepas yang hanya menyiarkan berita-berita berkaitan pendidikan dan pembangunan masyarakat India.

Sementara itu Mesyuarat Agung PPP ke-61 dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pada 30 Nov. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori