Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Layakkah Adik Guan Eng...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying yang juga...

Myfundaction Perak, TLDM Agih...

LUMUTĀ - Warga TLDM Lumut dan MyFundAction Perak di bawah Program Special Iftar For...

Anak Syarikat PUC Dapat...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat PUC Bhd, iaitu EPP Solution Sdn Bhd, penyedia...

Dek Layanan Tak Cukup,...

PENUMPANG sebuah pesawat syarikat penerbangan Cathay Pacific dengan nombor penerbangan CX746 dari Dubai,...

PPP Sokong Penuh Keputusan Kekal Akta Hasutan

KUALA LUMPUR – Parti Progresif Penduduk (PPP) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Presiden parti, Tan Sri M Kayveas berkata, akta itu seharusnya dikekalkan bagi memastikan negara terus melangkah ke hadapan kerana ia dapat memelihara keamanan dan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“PPP menyokong penuh,” katanya Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-61, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) di sini, Ahad.

Pada Khamis lalu, Najib pada Perhimpunan Agung Umno mengumumkan bahawa Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan, tetapi turut diperkukuhkan bagi melindungi kesucian Islam serta agama-agama lain.


Kayveas berkata, Malaysia merupakan negara yang unik kerana semua kaum dapat memelihara nama, bahas, festival dan budaya masing-masing.

“Kita tidak sepatutnya menumpukan kepada masalah tetapi lihatlah penyelesaiannya. Kita berharap kesederhanaan ini dapat bangkit, bersuara dan berpendirian bagi menentang pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan kita,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori