Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Cara Sempoi Guru Ini...

SETIAP guru pastinya mempunyai teknik atau cara tersendiri bagi menarik minat murid-murid agar...

Uncle Kentang Tutup Telefon...

SHAH ALAM - Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau dikenali Uncle Kentang mengikut...

Wanita Cemburu Buta, Risau...

SUDAH menjadi lumrah seorang wanita itu sinonim dengan perasaan cemburu atau orang putih...

Rakyat Juga Harus Main...

KUALA LUMPUR - Tugas dan tanggungjawab memelihara keselamatan tidak terletak di atas bahu...

PR Tuntut Harga RON95 Turun ke RM1.90 Seliter

Walaupun kerajaan telah mengumumkan pengapungan terkawal harga runcit bahan bakar RON 95 dan Diesel yang akan berkuatkuasa satu Disember lepas, namun pembangkang dilihat masih tidak berpuas hati.

Kini, PR menuntut Putrajaya untuk mengekalkan subsidi minyak RON 95 dan RON 97 yang diberi pada masa ini berjumlah RM 30 sen seliter, dan menurunkan harga minyak kepada paras RM 1.90 seliter pada satu Disember depan.

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh wakil dari kesemua parti dalam gabungan tersebut, iaitu Dr Mohd Hatta Ramli dari PAS, Anthony Loke dari DAP dan Rafizi Ramli dari PKR.

Sementara rakyat terdedah kepada risiko turun naik harga minyak mentah dunia yang diterjemahkan menjadi harga petrol dan diesel yang lebih mahal, kerajaan pula menjamin yang kos dan keuntungan syarikat minyak yang menjual petrol dan diesel ditanggung rakyat,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Ujar mereka lagi, subsidi sebanyak 30 sen seliter yang dituntut tersebut hanya berjumlah RM 7.2 bilion setahun andai penggunaan 14 bilion liter petrol dan 10 bilion liter diesel seperti yang diberikan perdana menteri ketika memberi jawapan Parlimen.

Lantas itu, PR yang akan meneruskan pelan mereka untuk mengadakan satu demonstrasi besar-besaran di Dataran Merdeka pada 31 Disember, seperti yang dijanjikan sebelum ini.


Awal September lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga runcit baru bagi RON 95 dan Diesel iaitu meningkat sebanyak 20 sen seliter.

Ujar beliau, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter, dan RM 1 bagi Diesel.

Tak bersetuju dengan keputusan itu, PR mengumumkan satu demonstrasi yang bakal diadakan bagi memprotes tindakan berkenaan.

Hara runcit RON 95 kini RM 2.30 seliter manakala diesel pula RM 2.20 sen. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori