KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera di bahagian pangkal punggung setelah tercucuk besi, dalam kejadian di Jalan Sungai Sering, Taman Ukay Indah, Ampang, jam 4.10 petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Ariff Mohamed Kassim berkata, sebelum kejadian, kanak-kanak berkenaan dipercayai bermain seorang diri sebelum terjatuh daripada sebuah kontena, terletak di kawasan terbiar berhampiran perumahannya.
Menurutnya, ketika ditemui, kanak-kanak itu berada dalam keadaan tertiarap dan hanya mendiamkan diri sambil menahan kesakitan.
“Bagaimanapun bomba bertindak memotong besi berkenaan dalam tempoh yang singkat sahaja. Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk diberi rawatan lanjut,†katanya kepada Sinar Harian.
Difahamkan ibu kanak-kanak berkenaan turut berada di lokasi kejadian ketika operasi menyelamat dilakukan dan tidak dapat menahan air mata melihat keadaan anaknya.
Operasi menyelamat diketuai Komander Operasi, Ahmad Kamal dengan dibantu oleh enam lagi anggota bomba. – Sinar Harian Online