Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peperiksaan UPSR Diteruskan Di...

ALOR SETAR - Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Kedah akan diteruskan...

FMM Derma RM1 Juta...

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan...

Ben Nathan Semakin Pulih,...

KUALA LUMPUR - Ben Nathan, penyanyi era 80-an yang popular dengan lagu Stanza Sepi...

Golongan Asnaf Terima Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Pelitawanis TNB hari ini menyampaikan...

Raja Azmi, Eddie Ghazali Sah Bercerai Talak Satu

KUALA LUMPUR : Produser filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman sah bercerai talak satu dengan gitaris, Eddie Ghazali, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Eddie dilihat tidak dapat menahan perasaan sebak dan terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk bertenang sebelum akhirnya melafazkan cerai talak satu terhadap Raja Azmi pada jam 3.07 petang tadi.

Sebelum lafaz cerai dilakukan, hakim syarie Shaiful Azli Jamaludin memberikan peluang untuk Eddie, 46, dan Raja Azmi,55, bersalaman dan berpelukan buat kali terakhir sebagai suami isteri.

Pasangan itu kelihatan cuba untuk menahan perasaan sedih sebelum berdakapan.

Shaiful Azli membenarkan lafaz talak berkenaan atas sebab bagi menyelesaikan krisis rumahtangga yang dihadapi oleh pasangan itu.


Raja Azmi dan Eddie berkahwin pada 13 Oktober tahun lalu, namun telah tinggal berasingan sejak 19 Ogos,2014.

Meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan mereka masih baik dan berazam untuk mengekalkan persahabatan mereka.

Terdahulu, Raja Azmi dan Eddie hadir bersama-sama ke mahkamah menaiki sebuah kereta yang sama tepat pada jam 2.20 petang. – MYNEWSHUB.CC

Pengarah dan penerbit kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman ketika hadir di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur berkenaan prosiding penceraiannya dengan suami Eddie Ghazali hari ini. - Foto MYNEWSHUB.CC
Pengarah dan penerbit kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman ketika hadir di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur berkenaan prosiding penceraiannya dengan suami Eddie Ghazali hari ini. – Foto MYNEWSHUB.CC
Raja Azmi dan suaminya, Eddie Ghazali di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. - Foto MYNEWSHUB.CC
Raja Azmi dan suaminya, Eddie Ghazali di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. – Foto MYNEWSHUB.CC

Oleh:  SARA KHALID & JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori