Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tutup Sementara 6 Jeti...

LANGKAWI - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mengambil langkah menutup sementara enam buah jeti...

TH Nafi Ringgit Tak...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang...

7 Pusat Pemindahan Tempatkan...

KUCHING - Sejumlah 523 mangsa daripada 159 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Penasihat Presiden Filipina mengenai Proses Damai Jesus G.Dureza dan delegasinya hari...

Raja Muda Perlis Seru Umat Islam Tolak Keganasan

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam supaya menolak keganasan yang semakin berkembang dan melibatkan kumpulan militan serta dikaitkan dengan agama Islam.

Titah baginda, penglibatan umat Islam dengan aktiviti kumpulan militan hanya menyebabkan tanggapan umum terhadap Islam, khasnya dunia Arab semakin buruk.

“Setiap umat Islam perlu mengelak daripada mudah terpengaruh oleh dakwaan terutama isu berkaitan keganasan atas nama jihad fisabilillah yang mencemarkan konsep jihad itu sendiri.

“Umat Islam seharusnya berjihad pada perkara-perkara asas terutama berkaitan hawa nafsu, kemungkaran, dadah, maksiat, membasmi kemiskinan, mendalami ilmu pengetahuan, keruntuhan akhlak dan perpaduan bangsa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Seminar Pemikiran Islam: Isu-Isu Semasa Negara Islam anjuran bersama Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis di Dewan Seri Semarak UiTM Perlis di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori