“Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan.”
Melalui laman sesawang rasmi The Southern Tigers hari ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihatkan rakyatnya agar menerima keputusan Piala Malaysia dengan hati terbuka.
Kata baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor itu, peristiwa yang telah berlalu tidak mungkin dapat diubah, namun ia mampu mempengaruhi masa hadapan.
MENARIK!!! – Mat Yo Gagal Ambil Penalti, Peminat Ungkit Kisah Pak Guard
Ujar baginda, “Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain.”
TMJ sempat memberikan analogi yang mudah namun mendalam apabila mengatakan, ketika beluncas menyangkakan dunianya sudah berakhir, ia kemudian bertukar menjadi rama-rama.
Selain itu, Tunku Ismail juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang yang menjuarai Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.
Baginda juga mengucapkan syabas kepada pasukannya yang berusaha keras di atas padang dan penghargaan buat seluruh rakyat yang sentiasa menyokong pasukan Johor. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR