Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Rizalman Ibrahim Reka Dalaman...

DALAM diam-diam rupanya pereka fesyen terkenal ni ada je projek terbaharunya.Rizalman Ibrahim kini...

Tiada Tekanan Untuk Abu...

PUTRAJAYA - Tiada tekanan dari mana-mana pihak untuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Fahrin Ahmad Tidak Tergugat...

KEBANJIRAN ramai hero muda dan kacak ketika ini tidak sedikit pun menggugat kedudukan...

5 Bekas Pemain Kelantan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memenuhi janjinya untuk menjelaskan tunggakan...

Rakyat Mexico Desak Kerajaan Cari 43 Pelajar Yang Hilang

BANDARAYA MEXICO – Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di jalan raya utama di sini petang semalam bagi mendesak kerajaan supaya membebaskan 43 pelajar yang hilang sejak bulan lalu selepas pihak berkuasa menahan suspek utama dalam kes berkenaan.

Penunjuk perasaan melaungkan ungkapan “mereka ambil pelajar itu hidup-hidup, dan kami mahu mereka balik hidup-hidup” sambil memegang kain rentang gergasi yang memaparkan wajah kesemua 43 pelajar kolej itu.

Kehilangan pelajar berkenaan mencetuskan kemarahan di peringkat antarabangsa dan menyebabkan tamparan hebat terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Enrique Pena Nieto.

Selepas sebulan kes itu, bekas Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan isterinya, Maria de Los Angeles Pineda, kelmarin.


Penahanan pasangan itu memberikan harapan bagi mencari petunjuk di mana lokasi pelajar berkenaan selepas kira-kira enam minggu berikutan serangan anggota polis Iguala yang dikaitkan dengan ahli kumpulan Guerreros Unidos.

Bagaimanapun, penunjuk perasaan dan ibu bapa pelajar yang hilang berkata, penahanan berkenaan tidak mencukupi.

“Kemarahan akibat kehilangan 43 pelajar ini masih belum reda biarpun selepas penahanan Abarca,” kata Timbalan Pengarah Kolej Latihan Perguruan, Bardomiano Martinez. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori