Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gempa Sabah: 200 Malim...

RANAU: Lebih 200 malim gunung menyertai misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi...

Lelaki Hilang Selepas Bot...

KUANTAN - Seorang lelaki hilang manakala rakannya terselamat selepas bot yang mereka naiki...

Promosi STB Tarik Pelancong...

KUCHING - Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) meningkatkan promosi dalam semua segmen pelancongan untuk...

Huawei Berjaya Jual 100...

TAHUN ini, kita telah menyaksikan pihak Huawei hadir dengan rekaan peranti yang diminati...

Ramai Pekerja Belum Jalani Pemeriksaan Kesihatan

BENTONG – Hanya 20 peratus atau 400,000 pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan percuma menggunakan baucer Program Saringan Kesihatan (PSK) dalam tempoh Januari 2013 hingga November tahun ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata jumlah itu masih rendah kerana sepanjang tempoh itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengedarkan lebih 1.9 juta baucer PSK kepada pekerja yang layak.

“Jumlah pekerja yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan masih ramai dan angka itu amat membimbangkan kerana kita mengedarkan 1.9 juta baucer tetapi hanya 20 peratus yang tampil membuat pemeriksaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PSK Perkeso di Genting Highlands, dekat sini hari ini.

Bagi memberi peluang kepada pekerja yang belum menggunakan baucer pemeriksaan kesihatan berkenaan, Richard berkata Perkeso melanjutkan tempoh penggunaan baucer tersebut sehingga 31 Dis ini.

“Peluang ini diberi supaya usaha kerajaan menyediakan kemudahan saringan kesihatan secara percuma dapat disampaikan kepada semua pekerja di seluruh negara,” katanya.

Richard berkata daripada 400,000 pekerja yang menjalani pemeriksaan kesihatan, 66 peratus didapati tidak pernah menjalaninya sebelum ini.


Beliau berkata 62 peratus pekerja pula mengetahui mereka mengalami masalah berat badan berlebihan, 41 peratus menghidap darah tinggi, 16 peratus kencing manis dan 61 peratus mempunyai tahap kolesterol berlebihan.

Sementara itu, katanya, daripada 103,652 pekerja wanita yang menjalani ujian pap smear, 345 daripadanya menunjukkan keputusan abnormal dan bagi pemeriksaan mamogram terhadap 136,500 pekerja, 707 dikategorikan berisiko manakala 124 berisiko tinggi.

Beliau berkata pekerja boleh menjalani pemeriksaan kesihatan mereka di 3,242 klinik swasta, 234 makmal dan 107 pusat mamogram di seluruh negara yang menyertai program itu sebagai panel PSK.

“Saya menyeru semua majikan memberi kelonggaran kepada pekerja mereka yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan atau boleh memberi kerjasama bagi melaksanakan program ini di tempat kerja mereka tanpa mengganggu waktu bekerja untuk pergi ke klinik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori