Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Al-Sultan Abdullah Pendiam, Tidak...

PEKAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dipilih sebagai...

Wan Azizah Tidak Semestinya...

KUALA LUMPUR - DAP membayangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr....

Merpati Diguna Pantau Pencemaran...

LONDON - Kawanan burung merpati merupakan suatu pemandangan yang biasa dilihat di bandar-bandar...

Lelaki Temui Bangkai Tikus...

SEORANG lelaki tidak menyangka akan menemui bangkai anak tikus di dalam cawan kopi...

Peserta Tunisia Dinobat Ratu Cantik Muslimah 2014

Edisi kedua pertandingan ratu cantik muslimah yang berlangsung pada tahun ini di Yogjakarta, Indonesia menobatkan peserta dari Tunisia, Fatma Ben Guefrache sebagai pemenang.

Fatma yang merupakan pakar komputer menewaskan 17 wakil negara lain melalui mesej pembebasan Palestin yang disuarakannya, sekaligus membawa pulang hadiah berupa seutas jam tangan emas, sekeping dinar emas dan pakej umrah.

“Semoga Allah membantu saya dalam misi membebaskan Palestin. Tolonglah untuk sama-sama membebaskan rakyat Palestin dan Syria,” ujarnya yang berusia 25 tahun dalam nada sebak.

Acara tersebut diadakan berlatar belakangkan Kuil Prambanan, salah satu tapak warisan dunia UNESCO, sebagai simbol bahawa masyarakat Islam menghormati pegangan agama lain.

Kata salah seorang pengajur, Jameyah Sheriff, “Kami mahu mereka memahami segalanya mengenai cara hidup Islam, termasuk pemakanan, pakaian dan cara menjalani kehidupan.”


article-2425159-1BE6C13E000005DC-328_634x510

Acara tersebut kali pertama diadakan pada tahun lalu bagi membantah pengajuran pertandingan ratu cantik dunia yang diadakan pada masa sama di Bali.

Dalam pertandingan itu, peserta diwajibkan mengenakan hijab, diadili dari segi penampilan dan melalui bacaan Al-Quran, juga pandangan mereka tentang Islam di dunia moden. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori