Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Main Isu Sensitif...

GEORGE TOWN - Parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen...

Proton X50 Dilancarkan, Harga...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini secara rasminya melancarkan kenderaan...

Hamas Bunuh 36 Tentera...

GAZA: Briged al-Qassam mendedahkan sekurang-kurangnya 36 anggota tentera Zionis terbunuh dan 72 jentera...

Permaisuri Johor Lawat Mangsa...

JOHOR BAHRU - Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah mencemar duli...

Reka Cerita Dipukul Untuk Tutup Pembedahan Plastik

Ukraine – Valeria Lukyanova yang terkenal kerana ketaksubannya kepada Barbie, mendakwa diserang oleh individu yang tidak dikenalinya di pintu masuk flatnya.

Lukyanova mendakwa dia menjadi subjek kebencian sesetengah indivisu selama dua tahun.

Namun Lukyanova, 28 tahun, menolak dakwaan bahawa dia sengaja mereka cerita dipukul itu bagi menafikan bahawa dia melakukan pembedahan plastik.

“Saya diserang di pintu masuk ke flat saya. Ketika itu saya baru pulang dari kedai bersama barang-barang yang dibeli apabila dua lelaki telah menyerang saya dalam keadaan gelap,’’ katanya.

Menurut Lukyanova, kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia dipukul di bahagian kepala serta rahang manakala salah seorang cuba mencekiknya.

“Jika bukan kerana jiran saya yang muncul secara tiba-tiba, saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada saya,’’ katanya yang memaklumkan penyerang itu kemudiannya melarikan diri.


Susulan serangan itu, Lukyanova berkata dia terpaksa dimasukkan ke hospital selama beberapa hari dan hanya dibenarkan pulang ke rumah semalam.

“Saya semakin pulih namun rahang saya sangat sakit dan akan terjaga pada waktu malam akibat kesakitan berkenaan,’’ katanya.

Lukyanova mendapat perhatian masyarakat antarabangsa disebabkan wajahnya yang menyerupai patung Barbie.

Dia mendakwa wajah dan badannya itu adalah semula jadi kecuali di bahagian payu dara apabila dia menjalani pembedahan membesarkan payudaranya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori