Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Kini Sudah Tidak...

TENTU ramai pernah terdengar ayat propaganda dipopularkan pembangkang beberapa bulan lalu berbunyi Kami...

20,793 Pemilih DUN Rantau...

SEREMBAN - Pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau...

Polis Kedah Rampas 165.5...

SUNGAI PETANI - Polis Kedah berjaya menahan dua lelaki serta merampas 160 ketulan...

Hujan Lebat Lebih Tiga...

JOHOR BAHRU : Hujan lebat lebih tiga jam bermula 1.30 petang menyebabkan beberapa...

Ribut 140kmj, Hujan Batu Badai Timur Australia

BRISBANE – Ribut kencang beserta hujan batu yang melanda pantai timur Australia lewat kelmarin menyebabkan beberapa pesawat terbalik dan banyak bumbung kediaman diterbangkan angin.

Ribut berkenaan juga menyebabkan kerugian lebih AS$85 juta (RM287 juta) selepas pihak tentera dikerah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Menurut beberapa pegawai tempatan, ribut tu merupakan antara yang terburuk di Australia dan paling kuat pernah melanda bandar raya ini sejak tiga dekad lalu. Bencana itu menyebabkan hujan batu sebesar bola tenis merejam sejumlah kereta dan bangunan, menyebabkan beberapa jalan raya dilanda banjir dan mencederakan 39 orang.

Ia yang membawa angin selaju 140 kilometer sejam (kmj) turut menumbangkan pokok-pokok dan menyebabkan empat buah pesawat ringan terbalik di Lapangan Terbang Archerfield, kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar raya ini.

“Suasana ketika itu seperti hari kiamat,” kata seorang penghuni sebuah bangunan apartmen yang bumbungnya diterbangkan angin kencang sejauh 100 meter.


Seorang lagi penduduk Brisbane berkata, hujan batu itu bergerak seperti peluru.

“Anak perempuan saya menangis dan bunyi ribut tak ubah seperti bunyi kereta api yang menuju ke arah anda,” kata seorang penduduk tempatan, John Arthur kepada sebuah stesen radio Australia.

Menurut Datuk Bandar Queensland, Campbell Newman, ribut itu merupakan antara yang terburuk pernah melanda bandar raya ini sejak 1985, namun beliau bersyukur kerana tiada kecederaan serius dilaporkan. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori