Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tugu Antirasuah Dibina Pun...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia menyiasat kes rasuah berkaitan pemberian tender projek pembinaan...

Polis Seremban Tahan 22...

SEREMBAN - Polis Seremban berjaya menahan 22 lelaki berusia 19 hingga 30 tahun...

MBI Tak Pernah Terima...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk memanjat...

GAMBAR: Lelaki Bunuh Diri...

Gempar... seorang lelaki ditemui dalam keadaan paling sadis dipercayai membunuh diri selepas jatuh...

RM1.9 juta Sebulan Kos Operasi Esszone

KUALA LUMPUR – Kos operasi bulanan melibatkan pos-pos kawalan yang terdapat di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) berjumlah kira-kira RM1.9 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, jumlah berkenaan termasuk kos operasi 43 pos kawalan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 42 pos kawalan di bawah Polis Diraja Malaysia dan Briged Pasukan Gerakan Am Sabah.

Shahidan berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang mahu mengetahui berapakah kos bulanan mengikut pos pasukan masing-masing dalam mengawal keselamatan pantai Sabah dari pencerobohan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Beliau juga berkata, kawalan keselamatan kawasan di Sabah adalah mengikut tahap risiko sesuatu kawasan.


“Sebagai contoh di Lahad Datu dan Semporna, pasukan keselamatan yang kita tugaskan di sini adalah melebihi dari kawasan yang lain kerana ianya berada hampir dengan sempadan Filipina,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kawalan keselamatan di kawasan-kawasan lain di sekitar Sabah adalah tetap menjadi keutamaan kerajaan termasuk adanya penglibatan daripada askar Wataniah dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori