Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kualiti Bukan Kuantiti –...

MANCHESTER United mensasarkan untuk membawa masuk tiga atau empat pemain berkualiti menjelang jendela...

Lelaki Ireland Dibunuh Mungkin...

GEORGE TOWN - Polis percaya warga Ireland yang ditemui mati di sebuah pangsapuri...

Tillerson Enggan Anjur Majlis...

WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson menolak permohonan untuk menjadi...

Usaha Cari MH370 Digantung...

PUTRAJAYA - Gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 akan digantung apabila pencarian...

Rosmah Seru Para Isteri Pemimpin Main Peranan Proaktif

PUTRAJAYA – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan isteri-isteri pemimpin untuk memainkan peranan yang lebih proaktif di kawasan masing-masing dan tidak hanya berperanan mengiringi suami ke majlis semata-mata.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) berkata peranan isteri para pemimpin kini semakin mencabar dan mereka tidak boleh lagi membantu suami dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa semalam.

“Justeru, hendak atau tidak, sebagai isteri pemimpin, pupuklah hubungan yang baik dengan masyarakat seperti memperhebat program-program kebajikan dan menyemarak gelombang biru bersama masyarakat,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Mengenai Isu-isu Semasa dan Peranan Isteri Wakil-wakil Rakyat di sini hari ini.

Para isteri pemimpin juga, kata beliau, perlu peka dengan persekitaran sekeliling serta proaktif dalam sebarang tindakan, selain melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terkini mengenai dasar-dasar serta program-program yang diperkenalkan kerajaan untuk rakyat.

Ceramah berkenaan diadakan bersempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2014 (PTIWRBNM 2014), selama lima hari bermula hari ini yang disertai 600 peserta daripada 14 kontinjen dari seluruh negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori