Sebaik sahaja berita Rozita Che Wan (Che Ta) selamat melahirkan bayi seterusnya gambar pelakon jelita ini dan bayinya dikongsikan, ia mula menjadi sensasi dan disebarkan di laman-laman sosial.
Rata-rata memuji kecomelan wajah bayi perempuan Che Ta dan Zain Saidin.
BACA: Kecomelan Baby Che Ta Dapat Perhatian Netizen.
Selain itu, ramai juga yang terpegun melihat keadaan wajah dan rambut Che Ta yang maintain meletop seperti biasa.. siap dengan bulu mata palsu yang tidak pernah ditinggalkan.
Sedangkan ibu yang baru melahirkan, biasanya kelihatan agak pucat dan letih selepas kehilangan banyak darah.
Sampaikan, ada yang memberi komen bahawa Che Ta memanglah nampak cantik.. dah dia bersolek siap-siap sebelum masuk bilik bersalin!
Eh, kalau iye pun, apa salahnya?
Malah, perkara ini diakui sendiri oleh Che Ta kepada Media Hiburan Online.
Che Ta menjelaskan, bersolek sebelum bersalin adalah tabiatnya malah dilakukan ketika melahirkan dua anak lelaki terdahulu.
Akuinya lagi, bersiap untuk memastikan diri sentiasa kelihatan cantik adalah kegemarannya terutama jika mahu ke mana-mana:
“Memang saya bersolek dan bersiap. Bukan sebab nak masuk TV, tapi ketika melahirkan dua anak sebelum ini pun saya buat perkara sama. Malah, kalau ke mana-mana sekali pun, saya pasti akan bersiap.â€ÂÂÂ
Che Ta turut meluahkan perasaan gembira atas kelahiran bayi perempuannya kerana sebelum ini dia memang memasang impian untuk memiliki seorang anak perempuan.
“Lahir sahaja anak dan ketika melihat wajahnya, saya rasa bersyukur dan gembira. Impian untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan.â€Â
Dalam pada itu menurut salah seorang rakan akrab Che Ta iaitu jurugambar fesyen Annas Easkey, Che Ta pernah memberitahunya:
“Nanti anak kami, kami nak gayakan cecomel, meletop macam kami” – kellas statement itew!
Tak sabar pula nak lihat gaya anak dara Che Ta nanti, pasti persis model seperti ibunya.
Che Ta selamat melahirkan bayi pertama hasil perkahwinannya dengan Zain Saidin, Sabtu lalu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK BUNGA