Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pembantu Penguat Kuasa Dibebaskan...

PUTRAJAYA - Seorang pembantu penguat kuasa di sebuah kementerian yang direman bagi membantu...

Ramai Setuju Pengundi 18...

PUTRAJAYA - Sebanyak 32 parti politik berdaftar di negara ini bersetuju dengan cadangan...

“Doa Baik-Baik Buat Kami”...

PELANTUN lagu Terasa Ada, Sufian Suhaimi tidak menolak kemungkinan bahawa ada campur tangan...

KPLB Tunggu Kelulusan MOF...

KUALA NERUS - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini sedang menunggu kelulusan daripada...

Rumah Kosong Terbakar Angkara Perbuatan Khianat

SEREMBAN – Sebuah unit rumah teres kos sederhana rendah yang tidak berpenghuni di Taman Sri Mahsan di Bahau, musnah 70 peratus dalam kebakaran hari ini dipercayai angkara perbuatan khianat.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, A. Gunaselan berkata tujuh anggota dan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.27 pagi.

Katanya siasatan awal mendapati kebakaran bermula pada sofa lama di ruang tamu dipercayai dibakar oleh individu tidak bertanggungjawab yang memasuki rumah kosong berkenaan.

Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan dan api dipadam sepenuhnya pada 12.10 tengah hari, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Gunaselan berkata jumlah kerugian dianggarkan RM35,000. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori