Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Che Ta Puji Lawak...

SEBAGAI pelakon, Rozita Che Wan tidak pernah sama sekali menyifatkan dirinya sebagai pelawak...

Pemilik Sedia Serah Proton...

TIDAK lama lagi amanat terakhir Staf Sarjan (B) Ismail Jaafar untuk mendapatkan kembali...

“Saya Bukan Perompak” –...

SEJAK semalam, tersebar di laman sosial gambar seorang lelaki berpakaian uniform Petronas yang...

Jakim Nafi Biskut Butang...

BISKUT yang diatasnya berbentuk kon dengan pelbagai warna menjadi antara snek makanan zaman kanak-kanak...

Rusia Lancar Agensi Berita Baharu Lawan Barat

MOSCOW – Mungkin belajar daripada kelemahan liputan insiden pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di Ukraine, pemerintah Rusia semalam melancarkan sebuah agensi berita baharu, Sputnik bagi menyaingi propaganda agresif media Barat pro-Amerika Syarikat (AS).

Sputnik mengambil alih agensi Ria Novosti dan stesen radio antarabangsa Voice of Russia diterajui bekas pengacara televisyen tempatan, Dmitry Kiselyov yang pernah mencetuskan banyak kontroversi sehingga disenarai hitam memasuki negara-negara Kesatuan Eropah.

“Dunia sudah penat dengan berita dari agensi Barat, kami mahu memimpin dunia dengan berita sebenar,” kata Kiselyov pada majlis pelancaran Sputnik – mengambil sempena nama satelit pertama di dunia dilancarkan ketika era bekas kesatuan Soviet pada 1957.

Agensi itu yang lebih fokus kepada berita menerusi format internet dan radio dalam bahasa Inggeris, Cina, Arab dan Sepanyol, sudah pun memiliki 70 koresponden termasuk negara-negara bekas Soviet selain Washington DC, Beijing serta beberapa ibu kota di Eropah.


Ria Novosti dibubarkan secara tergesa-gesa pada Disember tahun lalu, namun ia masih menggunakan nama itu bagi perkhidmatan berita bahasa Rusia manakala laman web dan sosial dalam bahasa asing agensi global tersebut kini dilencongkan terus kepada Sputnik.

Kiselyov mula terkenal apabila menerusi program bual bicara stesen Rossiya pernah mendakwa, Rusia mampu menghancurkan AS menjadi debu radioaktif, selain mencadangkan organ hati golongan homoseks dibakar jika terlibat nahas kereta. – Agensi

Dmitry Kiselyov

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori