Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tujuh Anak Kapal CB204...

TUJUH anak kapal bersama bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), CB204, yang...

Hotel Halal Pertama Thailand...

BANGKOK - Thaliand, negara yang kebanyakan penduduknya beragama Buddha, membuka hotel halalnya yang...

Tak Tahan Bau 100...

GUADALAJARA - Pihak berkuasa Mexico berusaha mencari sebuah parkir kosong semalam untuk menempatkan...

Tun M Biadap Anggap...

KUALA KANGSAR - Paku dulang, paku serpih, kata orang tapi dia pula yang...

Saintis Jepun Cipta Tikus Telus

TOKYO – Geli melihat organ dalaman haiwan makmal atau takut membelah binatang ujikaji itu mungkin tidak lagi menjadi igauan. Sekumpulan saintis Universiti Tokyo dan Agensi Teknologi Sains Jepun berjaya mencipta tikus telus tanpa warna badan baru-baru ini.

Kejayaan itu didedahkan ketua penulis,  Kazuki Tainaka kepada majalah Cell berpusat di Amerika Syarikat dengan kajian difokus bagi memanipulasi kompaun dikenali sebagai haem, yang menjadikan darah berwarna merah dan banyak didapati pada tisu badan.

Teknik digunakan itu hampir mengubah sepenuhnya warna daripada tisu sekali gus menjadikan organ dalaman mamalia comel itu dapat dilihat jelas seumpama struktur imej 3D tanpa perlu saintis membedah kulit tikus yang mungkin terdedah kepada risiko kesilapan.

“Kami amat terkejut dapat melihat langsung keseluruhan dalam tubuh badan tikus sama ada bayi atau dewasa termasuk aliran darah, degupan jantung dan perubahan limpa, hati, paru-paru atau perut haiwan itu apabila diuji dengan bahan kimia tertentu,” kata Tainaka.

Bagaimanapun, ketua penyelidik projek itu Hiroki Ueda berkata, teknik digunakan tersebut belum tentu sesuai untuk haiwan makmal lain apatah lagi manusia namun tidak menolak teknologi masa depan mungkin akan berjaya menghasilkan kulit telus. – Agensi


 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori