Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

RM9.32b Diperlukan Untuk Atasi...

PUTRAJAYA - Sejumlah RM9.32 bilion diperlukan untuk mengatasi banjir kilat di kawasan bandar...

Pegawai AADK Maut Kemalangan...

SEREMBAN - Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)...

Siasatan Pihak Luar Menyalahi...

KUALA LUMPUR - Siasatan yang dijalankan pihak luar termasuk ejen Korea Utara berhubung...

Kemasukan Bekas Pemimpin UMNO...

KUALA LUMPUR - Kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Berita Sedih: Sampel B Ujian Doping Chong Wei POSITIF

Hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei,32, yang dikeluarkan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Antidoping (ADAMS) didapati sama dengan keputusan ujian doping Sampel A yang positif sebelum ini.

Walau sudah dijangka, ia tetap keputusan memeritkan buat atlet badminton nombor satu negara ini.

Keputusan ini bermakna Chong Wei perlu menghadapi proses Jawatankuasa Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengetahui hukuman bakal diterima.

Kebiasaannya,  jika ujian doping positif maka pemain bakal berdepan hukuman tidak layak menyertai mana-mana kejohanan dan digantung penyertaan selama dua tahun.

Selasa lepas, Chong Wei diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz bersama-sama Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh berangkat ke Norway untuk melihat sendiri ujian terhadap sampel B dilakukan di makmal Hospital Universiti Oslo.

Kesemua mereka menyatakan amat puas hati dengan cara ujian dilakukan.


Chong Wei positif ujian doping bagi sampel A menggunakan air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Ujian tersebut mendapati kehadiran bahan terlarang ‘deksametason’ semasa ujian dijalankan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka mengadakan sidang media petang ini untuk mengumumkan keputusan secara rasmi. – MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori