Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Ramai Gelisah Dengan Cara...

KONTROVERSI yang sering melanda peguam dan aktivis pro-Pakatan Harapan (PH), Siti Zabedah Kasim...

Darah Campuran Tidak Luntur...

JOHOR BAHRU - Sempena ulang tahun kelahiran Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan...

Konvoi Kereta Penjara Nahas,...

MUNGKIN aib apabila media tempatan mendedahkan berita penahanan tiga pegawai seorang ahli parlimen...

Nabil Kesal Netizen Kritik...

TIDAK dapat dinafikan, Nabil Ahmad merupakan antara pengacara yang berkaliber serta popular dalam...

Pemuda Sanggup Berhenti Kerja Demi Cinta

Henan – Seorang pemuda berusia 24 tahun di Shandong sanggup berhenti kerja dan berpindah ke Henan untuk menjaga kekasihnya yang menghidap barah.

Yu Haining menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya, Fan Huiziang, 25, sejak lima tahun lalu.

Selepas mengetahui kekasihnya itu disahkan menghidap barah Jun lalu, dia serta-merta meletakkan jawatan untuk menjaganya.

Yu bersungguh-sungguh mahu mengahwini Fan secepat mungkin.

“Tidak kira apa yang berlaku pada masa depan, saya akan sentiasa bersamanya,” kata lelaki itu kepada wartawan ketika ditemui di hospital di Henan.

“Kerana cinta, saya memegang erat tangan kamu. Kerana cinta juga, saya mengharapkan keajaiban. Saya berharap sangat anda bersetuju menjadi isteri saya dan terima saya menjadi suami kami,” kata Yu kepada kekasihnya itu.


Fan pula berkata, perasaannya bercampur-aduk walaupun mengaku bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga dengan Yu.

“Semua wanita mahu berkahwin. Tetapi saya tidak pasti berapa lama lagi saya boleh hidup. Jika saya bersetuju menerima lamarannya dan meninggalkannya kemudian, apa yang boleh dia lakukan,” kata wanita itu.

Kisah cinta Yu itu mendapat pujian ribuan pengunjung laman sosial.

Seorang pengunjung menulis: “Anda meyakinkan saya mengenai cinta.” – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori