Glasgow – Hanya kerana ingin bapanya menikmati hidangan kari percuma di sebuah restoran selama setahun, seorang wanita sanggup mencacah tatu restoran berkenaan di bahagian pinggang sebagai hadiah kepada lelaki berkenaan.
Beth Faulds, 30, melukis rekebantu unik restoran tersebut sebagai hadiah kepada bapanya, Norman, yang juga pelanggan tetap di restoran berkenaan sejak 50 tahun lalu.
Dia berbuat demikian selepas melihat pemilik restoran Shish Mahal itu menulis dalam Facebook bahawa dia menjanjikan kari percuma kepada sesiapa yang sanggup mencacah tatu restoran berkenaan.
“Adalah sukar untuk saya membeli hadiah kepada bapa saya kerana setiap benda yang saya beli akan dilupakannya. Jadi saya mendapat idea berkenaan untuk bapa saya,’’ katanya.
Dalam pada itu, Norman, 66, berkata, dia mengunjungi restoran berkenaan sejak dia belajar di Universiti Glasgow pada 1967.
“”Saya melihat pekerjanya bertukar ganti tetapi restoran ini tetap konsistan sejak ia pertama kali dibuka.
“Sekarang selepas mendapat hidangan percuma, saya boleh mengunjunginya pada bila-bila masa. Cuma saya takut saya akan menjadi seperti dinasour apabila ia melibatkan makanan dan saya sering makan hidangan kambing Methi,’’ katanya.
Restoran Shish Mahali turut menyediakan hidangan ayam masala dan ia sering menjadi tumpuan selebriti termasuk aktor Billy Boyd, pelawak comedian Kevin Bridges serta bintang Hollywood, Morgan Freeman.