Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Sokong Pembukaan Low...

LIPIS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyokong sepenuhnya cadangan...

Kerjasama Dengan Rusia Dan...

PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan makin menunjukkan sikap bertentangan dengan Amerika Syarikat, sekutunya dan...

CEO Syarikat Air Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Terengganu (SATU) direman enam...

Pengusaha China Berminat Beli...

PENGUSAHA China dilaporkan berminat membeli kelab elit Liga Perdana, Liverpool. Pengusaha itu memberikan tawaran...

Satu Mayat Nelayan Dari Bot Yang Berlanggar Ditemui

KUANTAN – Satu mayat daripada enam krew yang hilang selepas bot tunda mereka dilanggar sebuah kapal dagang kira-kira 16.4 kilometer dari Tanjung Gelang di sini Khamis lepas ditemui tengah hari tadi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam berkata mayat yang belum dikenal pasti itu ditemui kira-kira 1.40 tengah hari oleh kapal KM Sebatik kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat telah dibawa ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

“Operasi mencari lima lagi krew bot tunda berkenaan masih diteruskan pasukan gerakan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, TLDM dan Jabatan Laut,” katanya.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, seorang krew bot tunda warga Indonesia, Martin Sembiring, 30, terselamat selepas dia terjun daripada bot itu apabila menyedari sebuah kapal dagang semakin menghampiri bot mereka.

Martin kemudiannya diselamatkan sebuah kapal nelayan yang melalui kawasan kejadian sebelum laporan polis dibuat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori