Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Juara EPL, Leicester City...

BANGKOK - Juara baharu Liga Perdana Inggeris, Leicester City Football Club (LCFC) akan...

Kurang Latihan Fizikal, Punca...

MAKKAH - Kurang latihan fizikal semasa di tanah air, di samping amalan pemakanan...

Kembar ‘Belangkas’ Ambil Jurusan...

JOHOR BAHRU - Kembar seiras Nurul Nadiah Abdul Halim dan Nurul Najwa Abdul...

Budak 11 Tahun Pandu...

GARA-gara terlalu obses dengan kereta, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menjadikan Internet sebagai...

Tiada Hubungan Dengan CMS Sepanjang Hidup – Taib Mahmud

KUCHING – Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) tidak pernah mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk menjadi entiti perniagaan yang berjaya, kata Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud malam tadi.

Beliau berkata semasa menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan CMS sepanjang kehidupannya sehingga sekarang dan berpuas hati pengurusan syarikat memahami sebab beliau berbuat demikian.

“Saya tidak mahu sebarang konflik antara kepentingan peribadi saya dan tugas saya sebagai Ketua Menteri sebelum ini,” kata beliau ketika berucap pada majlis jamuan meraikan ulang tahun ke-40 CMS di sini.

Taib, yang berundur daripada jawatan sebagai Ketua Menteri pada akhir Februari lepas, gembira bahawa di sebalik pendiriannya, CMS yang bermula sebagai syarikat pengeluar simen telah berkembang menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang berjaya.

“Terpulang kepada CMS untuk membuat keputusan sekarang kerana ia bertapak kukuh dan jika ia mahu mempelbagaikan aktiviti, saya berharap ia akan lakukan dalam kepelbagaian juga seperti dilakukan dalam teras perniagaan hari ini,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori