Pelakon Scha Al-Yahya hari ini berkongsi gambar bayi comelnya Lara Alana yang sudah pun berumur empat bulan.
Gambar comel Lara yang dikongsikan Scha di laman Instagram miliknya menampakkan jelas wajah Lara mirip bapanya pelakon dan pengacara Awal Ashaari.
Lara dilahirkan pada 22 Julai lepas seberat 3.17kg di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Para peminat Scha begitu gembira melihat wajah terkini cahayamata pasangan artis itu.
Jangan tak tau, walau baru berusia empat bulan namun Lara sudah pun memiliki sebuah kereta BMW sendiri.
Bukanlah kereta betul, tetapi kereta permainan BMW yang direka khas untuk kanak-kanak dihadiahkan oleh rakan Awal.
Pada 2 November lepas, dilaporkan di media bahawa akaun Instagram yang diwujudkan khas untuk Lara telah pun memiliki pengikut mencecah 169,000 orang pada masa itu. – MYNEWSHUB.CC