Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

120 Kg Emas Untuk...

MAKKAH - Waktu sejurus selepas Subuh setiap 9 Zulhijah merupakan saat-saat yang dinanti-nantikan...

Perjanjian Sewa Rumah, Perlu...

Apa perasaan korang jika baru menyewa kediaman, tiba-tiba tuan rumah meminta anda keluar...

Tukang Jahit Bersengkang Mata...

KOTA BHARU - Busana pilihan wanita seperti kebaya, kebarung dan kurung moden kembali...

3 Hipokrit Tun M...

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jarang 'libas' lawan politiknya,...

Semua Mangsa Banjir Di Jasin Dibenar Pulang

JASIN – Seramai 135 daripada 30 keluarga yang dipindahkan setelah rumah mereka di Bukit Senggeh, Selandar dan Pondok Kempas di sini dilanda banjir tengah malam tadi, dibenarkan pulang pagi ini berikutan air mulai surut.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Jafri Mohamed, berkata mereka yang ditempatkan di empat pusat pemindahan di Balai Raya Bukit Senggeh, Balai Raya Selandar, Sekolah Kebangsaan Selandar dan Masjid Al-Hasanah dibenar pulang jam 8 pagi tadi.

“Banjir berlaku berpunca dari hujan lebat menyebabkan air yang banyak bergerak deras dan juga faktor sungai yang kecil,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Jafri berkata sebuah tebing di Jalan Dahlia 6, Taman Bunga Raya, Melaka Tengah runtuh berikutan hujan lebat lewat petang semalam.


“Sepanjang pemerhatian kita sehingga hari ini, masih berlaku pergerakan tanah dari tebing berkenaan setinggi 30 meter.

“Bagaimanapun tiada pemindahan dilakukan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bersedia jika sebarang bencana berlaku,” katanya.

Beliau berkata pegawai daripada Jabatan Mineral dan Geosains juga hadir bagi membuat pemantauan struktur tanah di kawasan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori